Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Rabu, 6 Mac 2013


Assalamu'alaikum .. sahabat2 lama dh  x update blog ..apa kaba smua?, .

Sabdaan Nabi SAW :
"Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma'afil jannah."
Maksudnya :Barang siapa yang menghidupkan sunnahku bererti ia cinta kepadaku dan barang siapa cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga bersamaku.

sabdaan Nabi SAW :
"Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru miyyati sayyid"
Maksudnya :Barang siapa berpegang teguh pada salah satu sunnahku di zaman fasad ( kerosakan Umat )
ini, maka ia mendapat ganjaran 100 pahala mati syahid.

Ulama kata bahawa pada akhir zaman ini Allah SWT. lebih sayang 70 kali kepada hamba-hambaNya daripada sayangnya seorang ibu kepada anaknya.Tetapi, masih ramai manusia yang tidak mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan kita.Orang yang mengamal sunnah Rasul, nanti di akhirat kelak Allah swt akan memandang mereka dengan pandangan rahmat.Satu sunnah lebih baik daripada 7 dunia dan 7 syurga.Jika kita dapat hidupkan satu sunnah Rasulullah saw., di akhirat nanti rasulullah saw akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kita minum dari air telaga kauthar dengan tangan Baginda saw sendiri.

Sebenarnya tuan2 kejayaan kita bukan terletak pada pelajaran kita, bukan pada kepandaian kita , bukan pada pekerjaan kita .Tetapi, kejayaan dunia dan akhirat hanya terletak pada siapa yang mengikut sunnah rasulullah saw.


in shaa Allah Tuan ....^^

3 ulasan:

Unknown berkata...

Subhanallah
Jazakallah...
Paham keliru jika kita katakan meninggalkan sunnah tidak berdosa, kalau dikerjakan berpahala

Unknown berkata...

yg benar inshaa ALLAH kalau kita tinggalkan sunnah maka kirta berdosa besar

Unknown berkata...

InsyaAllah, saya niat amal dan sampaikan

Catat Ulasan