SELAMAT HARI GURU !!

Rabu, 15 Mei 2013


Assalamualaikum ...
Guru ialah insan yang telah memberikan kita ilmu walaupun satu huruf .."SELAMAT HARI GURU"
hanya Allah yang mampu membayar nilai pengetahuan yang telah dibekalkan ...

Terima kaseh kpd guru2ku yang telah memberi ilmu kpdku ..., ak rindu dengan guru2ku ...
Guru Oh Guru .......
TERIMA KASIH CIKGU sebab tak pernah lelah mengajarku ...

Selamat Hari Guru  buat guru2 warga SK KOTA KINABATANGA dan SMK BUKIT GARAM II

Ainul Mardhiah

Jumaat, 8 Mac 2013

                                                                               

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadar-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).


Berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah S.W.T dan ini merupakan sunnah besar nabi S.W.T dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah S.W.T bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T.)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
QS. ar-Rahman (55) : 58

"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
QS. ar-Rahman (55) : 70

"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."
QS. ar-Rahman (55) : 72

"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin."
QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.



Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.



Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

Kelebihan Berpurdah

Rabu, 6 Mac 2013


Assalamu'alaikum .. sahabat2 .. sya nk kongsi sdikit kelebihan masturat yg berpurdah ni .. ,berpurdah hnya untuk wanita2 shaja ..

~ Allah swt akan tingkatkan Nur pada wajah 13 kali ganda daripada wajah asli.Kecantikan wajah seseorang wanita terletak bila Allah beri Nur wajah ini.

~ Mendapat manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya.

~ Di syurga Allah beri 70 kali ganda kecantikan ketua bidadari. Inilah manfaat rohani dan akhirat jika wanita ini dapat amalkan purdah. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat Allah swt.

~ Di syurga Allah swt akan pergi ke Mahligainya untuk menunjukkan Wajah Allah swt.

sayyidatina Fatimah berkata pada Rasulullah saw, "Hai Rasulullah jika seseorang  dapat menjaga auratnya itu adalah lebih manis daripada Madu tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus dari seurat  rambut kerana untuk menjaga seurat rambat adalah amat susah.

Siti Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga akhirat kelak apabila dia hendak melintasi Titian sirat, Allah swt memerintahkan semua supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari melihat Siti Fatimah r.a. Beliau sungguh pandang berat pada aurat hingga beliau meninggalkan wasiat supaya jika ia meninggal dunia maka kebumikan beliau pada waktu malam supaya tidak siapa dapat melihat sama ada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau pendek

Insya Allah ...

Sunnah Nabi Muhammad SAW.


Assalamu'alaikum .. sahabat2 lama dh  x update blog ..apa kaba smua?, .

Sabdaan Nabi SAW :
"Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma'afil jannah."
Maksudnya :Barang siapa yang menghidupkan sunnahku bererti ia cinta kepadaku dan barang siapa cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga bersamaku.

sabdaan Nabi SAW :
"Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru miyyati sayyid"
Maksudnya :Barang siapa berpegang teguh pada salah satu sunnahku di zaman fasad ( kerosakan Umat )
ini, maka ia mendapat ganjaran 100 pahala mati syahid.

Ulama kata bahawa pada akhir zaman ini Allah SWT. lebih sayang 70 kali kepada hamba-hambaNya daripada sayangnya seorang ibu kepada anaknya.Tetapi, masih ramai manusia yang tidak mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan kita.Orang yang mengamal sunnah Rasul, nanti di akhirat kelak Allah swt akan memandang mereka dengan pandangan rahmat.Satu sunnah lebih baik daripada 7 dunia dan 7 syurga.Jika kita dapat hidupkan satu sunnah Rasulullah saw., di akhirat nanti rasulullah saw akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kita minum dari air telaga kauthar dengan tangan Baginda saw sendiri.

Sebenarnya tuan2 kejayaan kita bukan terletak pada pelajaran kita, bukan pada kepandaian kita , bukan pada pekerjaan kita .Tetapi, kejayaan dunia dan akhirat hanya terletak pada siapa yang mengikut sunnah rasulullah saw.


in shaa Allah Tuan ....^^